Barangan Kitar Semula Yang Menarik
Wednesday, 26 April 2017
Hello, saya kembali lagi. Kali ini saya akan berkongsi tentang kepentingan mengitar semula ataupun menggunakan semula barangan terbuang atau terpakai ini. Pertama sekali akan dapat mengurangkan sampah sarap. Sebagai contohnya, kawasan di sekitar kita akan lebih bersih dan dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Di samping itu, dapat mewujudkan keadaan ataupun suasana yang menarik. Hal ini kerana, penggunaan barangan kitar semula ini dapat dijadikan barangan yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi. Seterusnya, dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab iaitu masyarakat yang tidak membuang sampah merata-rata dan tahu akan tanggungjawab untuk mengitar semula ataupun menggunakan semula barangan yang boleh dikitar semula ini.
Wednesday, 19 April 2017
Barangan terbuang seperti tin, botol, kotak, tayar kereta dan bermacam-macam lagi boleh dikitar semula. Di samping itu, barangan ini boleh dijadikan barangan kitar semula yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi. Di sini saya akan memuat naik gambar-gambar yang saya perolehi hasil daripada barangan kitar semula yang dijadikan barangan yang menarik. Gambar-gambar ini saya perolehi hasil daripada tinjauan saya ke dalam laman sesawang yang berkaitan dengan barangan kitar semula ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hello, saya kembali lagi. Kali ini saya akan berkongsi tentang kepentingan mengitar semula ataupun menggunakan semula barangan terbuang atau...
-
Hello, saya kembali lagi. Kali ini saya akan berkongsi tentang kepentingan mengitar semula ataupun menggunakan semula barangan terbuang atau...
-
Barangan terbuang seperti tin, botol, kotak, tayar kereta dan bermacam-macam lagi boleh dikitar semula. Di samping itu, barangan ini boleh d...